ISLAM
Zaman Perkembangan Agama Islam
Zaman nabi merupakan zaman yang mana baginda Rasulullah SAW hidup bersama para sahabat. Menurut persepakatan jamhur ulamak bermula dengan penurunan wahyu pertama sehingga kewafatan baginda SAW. Perutusan baginda memberi rahmat yang besar kepada penduduk Mekah, Madinah serta alam ini seluruhnya. Sepertiman firman Allah yang bermaksud :
" Dan tiadalah kami mengutuskan engkau ( Muhammad SAW ), melainkan untuk memberi rahmat bagi sekelian alam"
Ajaran yang dibawa oleh baginda SAW dapat dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu :
- Perkara yang berkaitan dengan akidah. ( Wahyu yang terdiri daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan dengan keimanan dengan Allah, malaikat, kitabnya, rasulnya dan hari akhirat. Semuanya merupakan perbahasan ilmu Al-Kalam atau Usuluddin ).
- Perkara yang berkaitan dengan amalan. ( Perkara yang berkaitan dengan perbuatan anggota dari sudut suruhan dan tegahan serta pilihan dalam perbahasan ilmu feqah ).
- Perkara yang berkaitan dengan akhlak. ( Apa sahaja yang berkaitan dengan perbuatan hati dan menggalakkan supaya melakukan akhlak mulia yang dikenali dengan perbahasan ilmu akhlak ).