Selamat datang ke laman blog ini..................

Selasa, 27 Disember 2011

Pelajaran : Akidah ( Tahun 5 )

Tajuk : Sifat Irodat Allah S.W.T

Irodat bermaksud kehendak, iaitu Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Setiap orang wajib beriman dan mempercayai bahawa Allah bersifat dengan Irodat aitu bersifat kehendak, seperti firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 16 yang bermaksud :
"Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakinya" 

Dalil aqli yang membuktikan Allah bersifat Irodat ialah jika Allah tidak bersifat dengan sifat kehendak, sudah tentu alam  ini tidak wujud dan kehendak Allah akan terbatas. Jika kehendak Allah mempunyai batasan, bermakna Allah bersifat lemah dan tidak mampu menciptakan alam yang indah ini. Apabila kita melihat keindahan alam yang terbentang luas ini, sudah tentu kita meyakini Allah bersifat dengan Irodat.

Kesan mempercayai sifat Irodat Allah S.W.T.  :
  • Iman akan bertambah mantap.
  • Tidak akan berputus asa.
  • Redha dengan Irodat Allah S.W.T.
  • Sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.
  • Hati menjadi tenang.
  • Berkeyakinan tinggi.
  • Berikhtiar bersungguh-sungguh.
  • Sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.