Selamat datang ke laman blog ini..................

Rabu, 25 Januari 2012

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Solat Jamak dan Qasar






SOLAT JAMAK DAN QASAR



Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.



Sabda Rasullah SAW :


إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.



SYARAT-SYARAT PERJALANAN 

(MUSAFIR) YANG DIBENARKAN 

UNTUK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan 
    maksiat.

2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 

    KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak 
    tersesat).


 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT

QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat  
     dalamperjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.

3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan 
    sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-         

    menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan 
    mengeratkan tali persaudaraan.




SOLAT QASAR


Bahasa ; Pendek dan ringkas.

Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.



SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.

2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk     

     perjalanan pergidan balik.

3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) 

     rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat 
    Qasar.


Cara Solat Qasar


1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.

2. Lafaz niat adalah spt beikut :


أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
 

SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul

Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu 

                dgn syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 


1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
   Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika 
   takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan 
   niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang 
   pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya 
   selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama 
    (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua  
   (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah 
   untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan 
   solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat 
   yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat 
   pertama).
  Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat 
  yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana 
  tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga 
  solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua 
  menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.


3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku 

    pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana 
    jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai 
    satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-
   duanya seperti rakaat-rakaat solat.

   Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang 
   walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka 
   terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua 
   kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat 
   jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-
   duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan 
   bersuci maka tidak terbatal Jamak.
   Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat   
   kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana 
   perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana 
   Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah 
   syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.


4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.  

    (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). 
    Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah 
    TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai  
    musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak 
    sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.


5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga 
    mendirikan solat yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu 
    sah. 



Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  
    (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu 
    kedua (Asar/Isya’)

2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian 

     dirikan solat yang kedua. 

3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam 
    waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan 
    Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Ta'hir dalam waktu 
    pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang  
    pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu 
    rakaat sahaja.



2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai 
    didirikan.

*  Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang 
    kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang 
    pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan 
    mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu 
    (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  
    (Zohor/Maghrib)

2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan 

    kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drpd melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.


Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala
 .
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.