Selamat datang ke laman blog ini..................

Selasa, 31 Januari 2012

Pelajaran : Akhlak ( Tahun 5 )

TAJUK : ADAB-ADAB BERMAIN



Pengertian Bermain 

Istilah bermain diertikan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan dengan mempergunakan atau tanpa mempergunakan alat yang menghasilkan pengertian, memberikan informasi, memberikan kesenangan, dan dapat mengembangkan imaginasi kanak-kanak.

Adab-Adab Bermain



  1. Bermain di tempat yang selamat.
  2. Memakai pakai yang sesuai.
  3. Menutup aurat.
  4. Mengemas peralatan.
  5. Bersalaman.
  6. Redha menerima keputusan pengadil.
  7. Amalkan semangat kesukanan.
  8. Mengetahui peaturan permainan.
  9. Mengawal perasaan.


Pelajaran : Sirah ( Tahun 5 )

TAJUK : PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM  
                MELALUI AKIDAH


STRATEGI RASULULLAH MENYAMPAIKAN VISI







Nabi Muhammad s.a.w. mula melaksanakan visi pertama Baginda untuk megajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan penyembahan berhala. Visi Rasullullah s.a.w. dikongsi oleh beberapa orang sahabat pada ketika itu secara rahsia. Cara ini dilakukan bagi mengelak tindakan buruk orang Quraisy yang begitu fanatik terhadap berhala-berhala ciptaan mereka sendiri.

Rasullullah ialah seorang pemimpin yang berstrategi apabila menyampaikan visinya ini secara berperingkat, iaitu terlebih dahulu kepada ahli keluarga terdekat, yang mahu menerima dan mempercayai ajarannya itu. Antara mereka ialah isteri Baginda, Khadijah binti Khuwailid, sepupu Baginda Ali bin Abi Talib, kemudiannya, Zaid bin Harithah, Abu Bakar bin Abu Quhafah, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, dan Saad bin Abi Waqash.

Konsep usrah juga diperkenalkan oleh Rasullullah s.a.w. dalam menyampaikan visinya. Ketika orang yang memeluk Islam melebihi tiga puluh orang lelaki dan perempuan, Rasullullah s.a.w. memilih rumah salah seorang daripada mereka, iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam, sebagai tempat pertama mengadakan sesi usrah, untuk pembinaan diri dan pengajaran.

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja memiliki visi yang jelas, tetapi berkongsi visinya itu bersama para sahabat melallui cara hidup Baginda dan sistem pendidikan tidak formal yang mantap, sehinggalah mereka memahami, menghayati, menjiwai dan seterusnya berazam mengaplikasikan visi tersebut.

Kesan daripada penghayatan dan pengamalan ini dapat kita lihat melalui ujian-ujian yang dihadapi para sahabat ketika berhadapan dengan pemimpin Quraisy yang mengetahui keislaman mereka.

Bilal bin Rabah  contohnya, ialah seorang hamba berkulit hitam kepada Umayyah bin Khalaf. Umayyah merupakan salah seorang musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Setelah mengetahui bahawa hambanya telah memeluk Islam, dia menyeksa Bilal dengan membaringkannya di atas padang pasir yang panas dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudiannya meletak batu besar yang panas di atas dada Bilal dan berkata: “Aku tidak akan membebaskan engkau sehinggalah engkau mati seperti ini atau menolak agama Muhammad dan kembali menyembah Lata dan Uzza!”

Walaupun menerima seksaan sebegitu hebat, Bilal menjawabnya hanya dengan perkataan yang membuktikan kukuhnya imannya iaitu: “Ahad! Ahad! (Allah itu Maha Esa).”

Orang ramai begitu kagum terhadap kegigihan hamba yang hitam ini. Seorang pendeta Arab, yang sedih melihat keadaan Bilal, telah berkata kepada Umayyah: “Demi Allah, jika kamu membunuhnya dalam keadaan demikian, aku akan jadikan kuburnya tempat keramat untuk dikunjungi oleh para penziarah.”

Mendengar kata-kata itu, Umayyah bertindak lebih ganas dengan mengikat tali di leher Bilal dan diheret di atas jalan yang sangat panas.

Selain Bilal bin Rabah r.a., Ammar bin Yasir dan kedua-dua ibu bapanya juga menerima ujian yang berat dari Allah s.w.t. Mereka memeluk Islam ketika Nabi Muhammad s.a.w. memilih rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat dakwah Islam. Etika kaum Musyrik mengetahui mereka sudah menganut agama Islam, penyembah-penyembah berhala itu tidak berhenti menyeksa dan menganiaya mereka. Walaupun seksaan itu sangat berat, Ammar sekeluarga tetap dengan pegangan dan iman mereka terhadap Allah s.w.t., sehinggalah bapanya Yasir dan ibunya Sumayyah dibunuh, yakni gugur syahid dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t. 

Kisah-kisah ini adalah lambang kejayaan Rasulullah s.a.w. kerana baginda membentuk para sahabat bertunjangkan akidah yang mantap. Kejayaan ini adalah hasil visi ketuhanan yang dijiwai oleh Baginda disamping kemampuan Baginda untuk berkongsi visi besar itu dengan para sahabat.

Kesimpulannya kita dapat mengetahui bahawa visi utama Rasullullah s.a.w. adalah menghambakan dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.






Isnin, 30 Januari 2012

Pelajaran : Sirah ( Tahun 5 )

TAJUK : PERKEMBANGAN AGAMA 
                  ISLAM





Zaman Perkembangan Agama Islam

Zaman nabi merupakan zaman yang mana baginda Rasulullah SAW hidup bersama para sahabat. Menurut persepakatan jamhur ulamak bermula dengan penurunan wahyu pertama sehingga kewafatan baginda SAW. Perutusan baginda memberi rahmat yang besar kepada penduduk Mekah, Madinah serta alam ini seluruhnya. Sepertiman firman Allah yang bermaksud :


" Dan tiadalah kami mengutuskan engkau ( Muhammad SAW ), melainkan untuk memberi rahmat bagi sekelian alam"


Ajaran yang dibawa oleh baginda SAW dapat dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu :



  1. Perkara yang berkaitan dengan akidah. ( Wahyu yang terdiri daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan dengan keimanan dengan Allah, malaikat, kitabnya, rasulnya dan hari akhirat. Semuanya merupakan perbahasan ilmu Al-Kalam atau Usuluddin ).
  2. Perkara yang berkaitan dengan amalan. ( Perkara yang berkaitan dengan perbuatan anggota dari sudut suruhan dan tegahan serta pilihan dalam perbahasan ilmu feqah ).
  3. Perkara yang berkaitan dengan akhlak. ( Apa sahaja yang berkaitan dengan perbuatan hati dan menggalakkan supaya melakukan akhlak mulia yang dikenali dengan perbahasan ilmu akhlak ).


Rabu, 25 Januari 2012

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Solat Jamak dan Qasar






SOLAT JAMAK DAN QASAR



Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.



Sabda Rasullah SAW :


إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.



SYARAT-SYARAT PERJALANAN 

(MUSAFIR) YANG DIBENARKAN 

UNTUK SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan 
    maksiat.

2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 

    KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak 
    tersesat).


 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT

QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat  
     dalamperjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.

3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan 
    sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-         

    menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan 
    mengeratkan tali persaudaraan.




SOLAT QASAR


Bahasa ; Pendek dan ringkas.

Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.



SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.

2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk     

     perjalanan pergidan balik.

3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) 

     rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat 
    Qasar.


Cara Solat Qasar


1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.

2. Lafaz niat adalah spt beikut :


أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
 

SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul

Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu 

                dgn syarat-syarat tertentu.

Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 


1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
   Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika 
   takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan 
   niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang 
   pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya 
   selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama 
    (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua  
   (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah 
   untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan 
   solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat 
   yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat 
   pertama).
  Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat 
  yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana 
  tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga 
  solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua 
  menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.


3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku 

    pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana 
    jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai 
    satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-
   duanya seperti rakaat-rakaat solat.

   Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang 
   walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka 
   terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua 
   kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat 
   jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-
   duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan 
   bersuci maka tidak terbatal Jamak.
   Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat   
   kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana 
   perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana 
   Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah 
   syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.


4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.  

    (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). 
    Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah 
    TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai  
    musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak 
    sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.


5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga 
    mendirikan solat yang kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu 
    sah. 



Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  
    (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu 
    kedua (Asar/Isya’)

2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian 

     dirikan solat yang kedua. 

3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam 
    waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan 
    Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR

1. Berniat melakukan solat Jamak Ta'hir dalam waktu 
    pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang  
    pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu 
    rakaat sahaja.



2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai 
    didirikan.

*  Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang 
    kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang 
    pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan 
    mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu 
    (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  
    (Zohor/Maghrib)

2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan 

    kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drpd melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.


Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala
 .
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala. 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Isnin, 9 Januari 2012

Pelajaran : Akhlak ( Tahun 5 )

Tajuk : Adab Terhadap Ibu Bapa





 


Adab-adab seorang anak terhadap ibu bapa ialah....

  • Hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibu bapa.
  • Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.
  • Hendaklah ia menjunjung segala perintah kedua-duanya.
  • Jangan ia berjalan dihadapan keduanya.
  • Janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
  • Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya
  • Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya
  • Hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya
  • Jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada kedua-duanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhitmatannya bagi keduanya.
  • Janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.
  • Janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan keduanya
  • Janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya. 

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Solat





Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Puasa ( Niat puasa di bulan 
                Ramadhan)






Sabtu, 7 Januari 2012

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Wudhuk ( Cara-cara mengambil wuduk )




Pelajaran : Akhlak ( Tahun 5 )

Tajuk : Adab Berjual Beli



Pengertian :
Jual beli adalah satu proses menjual dan membeli atau pertukaran barang mengikut nilai harga barangan oleh peniaga dengan pembeli mengikut syarat-syarat yang tertentu dan disertakan dengan akad.


Adab jual beli :
  • Berterus terang tentang keadaan barang yang dijual.
  • Berpakaian kemas dan menutup aurat.
  • Sempurna sukatan dan timbangan
  • Ramah dan manis muka
  • Menjaga hati pelanggan
  • Barangan berkualiti
  • Berterima kasih setelah selesai urusan
  • Jujur
  • Melebihkan timbangan
  • Tiada unsur riba

Ciri-ciri barangan jual beli dalam Islam :
  • Ada tanda harga
  • Belum luput tarikh
  • Halal dan bersih
  • Berkeadaan baik
  • Barang yang berkualiti
  • Bukan barang curi

Jumaat, 6 Januari 2012

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Tayamum ( Cara-Cara Bertayamum )



Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Solat Jenazah



Surah Al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud : 

 " Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan) ".


Semua manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T pasti akan mati. Islam mengajarkan umatnya menyegerakan pengurusan jenazah. Solat jenazah adalah solat yang ditunaikan untuk menghormati jenazah dan memohon doa keampunan dari Allah S.W.T untuk jenazah yang telah meninggal dunia. Hukum solat jenazah adalah Fardhu Kifayah.




Rabu, 4 Januari 2012

Pelajaran : Feqah ( Tahun 5 )

Tajuk : Berwuduk


         Dalil Al-Quran tentang Wuduk

             Firman Allah S.W.T:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)

       

        Hukum berwuduk

           Hukum berwuduk adalah :
  • Wajib Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
  • Sunat : 
  1. Ketika hendak mandi wajib
  2. Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
  3. Ketika hendak tidur
  4. Ketika marah

 

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
  3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
  4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
  5. Makan daging unta
  6. Murtad
  7. Memandikan mayat
  8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

 

Perkara-Perkara Sunat Ketika Berwuduk

Menghadap ke arah Kiblat.
  1. Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  2. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  3. Berkumur atau bersugi.
  4. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  5. Menyapu air ke kepala.
  6. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  7. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  8. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  9. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  10. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  11. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  12. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  13. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  14. Berjimat ketika menggunakan air.
  15. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  16. Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Pelajaran : Akhlak ( Tahun 5 )

Tajuk : Adab Bekerja



         Bekerja adalah perbuatan yang dilakukan mengikut cara-cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Menjadi suatu ibadat dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Allah S.W.T meredhai pekerjaan yang halal dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

  • Adab-adab bekerja :
  1. Menetapkan niat nencari rezeki kerana Allah S.W.T.
  2. Memulakan pekerjaan dengan 'Bismillahirrahmanirrahim'.
  3. Saling membantu dalam melaksanakan tugasan.
  4. Bersifat amanah, tekun, redha dan ikhlas.
  5. Melaksanakan ibadat wajib.
  6. Menutup aurat dan kemas.
  7. Ceria dan mesra.
  8. Menepati masa.
  9. Doa dan tawakal.
  10.  
  •  Contoh jenis-jenis pekerjaan yang halal :
           Guru, jurutera, kerani, nelayan, doktor, penulis, pendakwah, pengembala kambing dll.

  • Contoh jenis-jenis pekerjaan yang haram :
          Perompak, pembunuh upahan, penjudi, kaki pukul, pelacur dll.

Perompak ( lanun )




 Jurutera