SOLAT JAMAK DAN QASAR
Allah SWT telah
memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat
dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini
dinamakan RUKHSAH SOLAT.
Sabda Rasullah SAW :
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن
تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang
diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”.
Hadis riwayat Ahmad.Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan
fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama
Islam yamg mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang
menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai
rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
SYARAT-SYARAT
PERJALANAN
(MUSAFIR) YANG
DIBENARKAN
UNTUK SOLAT
QASAR/JAMAK
1. Musafir
adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan
maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91
KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak
tersesat).
HIKMAH
DISYARIATKAN SOLAT
QASAR/JAMAK
1.
Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat
dalamperjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan
sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-
menziarahi bagi menambahkan keimanan dan
mengeratkan tali persaudaraan.
SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek
dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang
boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT-SYARAT
SOLAT QASAR
1. Hendaklah
melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk
perjalanan pergidan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna)
rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat
Qasar.
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut :
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
SOLAT
JAMAK
Bahasa : Himpun
@ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu
dgn
syarat-syarat tertentu.
Solat
Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
Solat
Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK
TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat jamak
dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah
dilakukan dalam solat terutama ketika
takbiratulihram. Walau bagaimanapun,
boleh dilakukan
niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang
pertama
sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya
selepas memberi salam sbb solat sudah
habis/selesai).
2.
Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama
(Zohor/Maghrib), kemudian diikuti
dgn solat yang kedua
(Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah
untuk
waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan
solat yang kedua
(Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat
yang pertama, maka mestilah solat yang
diikuti (solat
pertama).
Jika dilakukan
solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat
yang pertama, tiba-tiba terbatal
solat yang pertama kerana
tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal
juga
solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua
menjadi solat sunat
mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku
pemisahan yang lama
di antara kedua-dua solat kerana
jamak telah menjadikan kedua-dua solat
tersebut sebagai
satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-
duanya
seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan
kedua-duanya oleh masa yang panjang
walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau
pitam. Maka
terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua
kepada
waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat
jamak. Walau bagaimanapun, jika
dipisahkan kedua-
duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan
bersuci
maka tidak terbatal Jamak.
Tidak
membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat
kerana mendapatkan
sedikit air utk berwudhuk kerana
perbuatan tersebut adalah keperluan solat
sebagaimana
Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah
syarat sah
solat tetapi iqamah bukan syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat
kedua.
(sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua).
Sekalipun,
selesai musafir tidak lama setelah
TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi
jika selesai
musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak
sah jamak
kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu
solat yang pertama dengan yakin sehingga
mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan
yang kuat) bahawa solat yang pertama itu
sah.
Cara melakukan
solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @
afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu
(Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu
kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian
dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK
TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam
waktu kedua. Cthnya
menghimpunkan solat Zohor dan
Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
SYARAT-SYARAT
SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat
melakukan solat Jamak Ta'hir dalam waktu
pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah
dilakukan seblum habis waktu solat yang
pertama. Sekalipun waktu yang masih ada
itu sekadar satu
rakaat sahaja.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai
didirikan.
* Tertib tidak
menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang
kedua (Asar/Isya’), telah masuk
waktu bagi solat yang
pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan
mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
Cara melakukan
solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @
afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu
(Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh
Solat Waktu pertama
(Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan
kemudian dirikan
solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
Solat
Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku
solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN
JAMAK
Selain drpd
melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan
Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt
mengerjakan solat
Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat
Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
Contoh Lafaz
Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala
.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada
Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat
fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.